Assalamualaikum..
Selepas sudah berhempas pulas dengan exam..alhamdulillah ceca abis juga exam dan sem yang ke2..selepas ini bermula larh hidup ceca sebagai pelajar tahun ke2 pula..usaha2 dah..doa2 pun sudah insyaAllah kita bertawakal sahaja..insyaAllah kita akan perolehi keputusan yang cemerlang ye kawan2..:) Amin...sekarang niew suppose ceca da boley balik da tp disebabkan adew tugas yang harus diselesaikan makanya ceca tinggal kat sini untuk lg sebulan...rindu mama..:( tp takpe demi tugas dan tanggungjawab ceca harus laksanakan juga..:) ow ya..kali ni ceca nak cakap pasal kes suami isteri..hamboih..muda lg nieyh ckap psal suami isteri..hehe..tak larh..ceca tengok skarang nieyh ramai yg dok pos2 kat fb tentang kahwin muda..kahwin yg halal disisi islam..smpai roomate ceca pown sibuk2 nak jugak kahwin muda nieyh...sweet kata nya..hehe tp bg ceca kalau ade jodoh nnti insyaAllah tak kemana n Sesungguh nya diri kite larh menggambarkan siapa suami kita juga dikemudian hari..begitu juga ngan akhlak kita...bukan begitu? :)
Okay gambar niew someone bg kat ceca...apew yg ceca nak kongsikan kat sini bukan larh mudah bg kite nieyh seorang pelajar hendak kahwin awal sebenarnyew..adew kelebihannya adew keburukannya...tanggungjawab sebagai seorang isteri seorang suami dan juga seorang pelajar..mmg sukar sebenarnya...TETAPI jika calon suami seseorang itu sudah mampu dari segi kedudukan kewangannya, mampu untuk membahagikan tanggungjawab seorang pelajar dan suami..dan yang penting sekali AGAMANYA..dimana mereka boleh bimbing dan menjadi imam buat kita...itu adalah yang terbaik untuk berkahwin muda dan bukanlarh hanya sekadar cinta untuk mengelakkan maksiat sahaja..
Memang, memang menyegerakan perkahwinan itu disukai Rasulullah.
Bahkan, berkahwin itukan sunnah,
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, “Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”
Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)..
Hendaklah kamu mengetahuinya juga bahawa perkahwinan ia adalah kombinasi suka dan duka. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.Oleh itu, fikir2larh dengan sebaik mungkin agar ia berada di jalan yang benar dan diberkati oleh Allah SWT..insyaAllah...
^_6
ReplyDelete